Tatkala azan subuh berbunyi, bunyi ayam berkokok memecah keheningan suasana pagi itu, kelihatan Zafril sedang menyiapkan dirinya untuk menghadap Allah S.W.T. Banyak yang ingin didoakan nya kerana hari ini merupakan hari yang paling penting dalam kehidupannya. Hari ini, si dia akan melangsungkan pertunangannya ngan Aida, gadis yang dikenalinya sejak mereka di tingkatan 3 lagi. Suasana subuh berlalu beserta laungan doa-doa dan ayat-ayat suci Al-Quran dibaca oleh Zafril.
Suasana di perkarangan masjid Al-Hidayah di Gombak ketika itu menimbulkan rasa aneh pada diri Zafril. Apatah lagi dengan reaksi penduduk di situ yang kelihatan bersedih berdasarkan dari raut wajah mereka yang sukar meyembunyikan reaksi tersebut. Zafril menguatkan diri sambil berfikiran positif bahawa tiada apa yang berlaku. Ketika Zafril baru sahaja beberapa langkah menuju ke arah masjid, Mak Cik Liza, ibu kepada Aida datang kepadanya dalam keadaan sedih dan hiba. Zafril terduduk di situ setelah diberitakan oleh Mak Cik Liza bahawa Aida sudah kembali ke Rahmatullah pagi tadi. Mak Cik Liza menceritakan bahawa Aida pergi bersama kawannya dan Mak Cik Liza pergi dengan adik beradiknya yang lain. Dalam perjalanan,kereta yang dinaiki Aida hilang kawalan dan jatuh ke dalam gaung lalu keretanya meletup. Zafril terdiam tanpa kata cuma air mata membasahi pipinya mampu menggambarkan sejauh mana kesedihan yang dia hadapi ketika ini. Majlis pertunangan yang sepatutunya terjadi kini bertukar menjadi majlis kenduri untuk arwah kekasihnya, Aida.
3 tahun sudah berlalu semenjak Zafril kehilangan kekasihnya tetapi Zafril masih lagi murung dan bersedih. Semua kerjanya di pejabatnya, Kaizer Sdn Bhd tidak diambil peduli langsung langsung mencetuskan keresahan pada diri En.Akram dan Pn.Shida pada anak tunggal kesayangan mereka. Syarikat di beri pada Zafril dengan harapan dia dapat melupakan kesedihannya tapi lain pula jadi nya. Jadi untuk masa ini, En.Akram mengambil alih semula. "Sampai bila kamu hendak macam ini zaf, tidakkah kamu kasihan dengan ibu bapamu ini? Kami semua tidak sanggup melihat kamu seperti ini," Pn.Shida menasihati Zafril. "Biarkan Zaf macam ini saja, hidup mati Zaf tiada guna andainya Aida tiada di sisi Zaf "ujar Zaf. "Yang lepas, biarkan berlalu. Kita yang hidup ini perlu diteruskan. Zaf mahu Aida sedih di sana apabila melihat keadaan Zaf seperti ini?"Pn.Shida cuba membuat Zafril berfikir. Tetapi Zafril tidak membalas soalannya.
Pada petang itu, Zafril keluar menghirup udara segar sambil mengingati saat-saat manis dan indah bersama Aida ketika hayatnya. Mereka pergi bersenam bersama-sama, kejar mengejar, berehat sambil melihat keletah adik bongsu Aida bermain buaian di taman rekreasi tersebut. Pada ketika mengimbau memori bersama Aida, Zafril terlanggar seseorang. Zafril memohon maaf pada perempuan tersebut tapi alangkah terkejutnya bahawa perempuan yang dilanggarnya tadi seiras dengan muka arwah kekasihnya, Aida. Belum sempat ingin bertanya, perempuan itu dengan pantas meninggalkannya termangu di situ. "Mungkin khayalan ku sahaja," kata hati Zafril berbicara lalu pantas meninggalkan taman rekreasi tersebut dengan Mitsubishi Lancer Evo miliknya.
Bersambung...
Monday, 18 April 2011
Cintamu Mekar di Hati Ep 1
Posted by Freezy Blogger at 14:40
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comments:
klu terlampau syg pon jgn smpai kerja sume x wat,,mntang2 la syarikt family,, tuhan lebih menyayangi dia,,, ajal, jodoh, n pertemuan di tangan tuhan,, insyaallah yg akn dtg tuhan akn bg yg lbih baik,,(:
Post a Comment