THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Total Pageviews

Thursday, 21 April 2011

Cintamu Mekar di Hati Ep 2

Sambungan Episod 1
   Sepanjang perjalanan pulang dari taman tadi, Zafril asyik memikirkan tentang gadis yang dilanggarnya tadi. Hatinya bagaikan terusik bila melihat wajah gadis tersebut yang saling tidak tumpah seperti wajah arwah tunangnya, Aida. " Adakah itu petanda bahawa Aida datang menemui aku tetapi menggunakan jasad yang lain?" bisik hati Zafril. Lamunan Zafril terhenti seketika apabila keretanya meluncur laju masuk ke perkarangan rumah yang tersergam indah milik keluarga Datuk Akram Hj Ali, usahawan hartanah Kaizer Sdn Bhd. Setelah selesai mengunci kereta nya, dia segera terus masuk ke biliknya tanpa melihat kiri dan kanan rumahnya.
   Lamunan Hani terhenti seketika apabila kawannya, Sarah menepuk bahunya dari belakang ketika dia sedang menghirup udara segar di beranda apartmen sewanya. "Apa yang kau menungkan Hani? "tanya Sara pada sahabat baiknya itu. Sara merasakan ada yang tidak kena dengan Hani sebab sejak mereka belajar di UiTM Shah Alam, dia tidak pernah melihat kawan baik nya sejak dari kecil lagi itu mengelamun dengan begitu jauh sekali. "Tidak ada apa-apa Sara, cuma memikirkan gelagat mamat hensem yang terlanggar aku tadi di taman. Dia melihat aku dan terkejut seolah-olah dia macam terlihat orang lain. Apa lagi pastu, cepat-cepat aku pergi dari situ" jawab Hani dengan panjang lebar. " Kau kene hati-hati ok bila keluar keseorangan. Susah kita nak kenal orang dari raut wajah mereka, bak kata orang putih ' don't judge a book by it's cover '. Sara mengingatkan Hani. " Wah, kau nie dah macam belajar kt Oxford jer speaking orang putih dengan aku padahal UiTM sahaja. Baik Puan President, aku dengar cakap kau. Lagipun untuk kebaikan aku juga kan."perli Hani pada Sara. "Jom makan, aku dah masak megi untuk kita makan malam ini," ajak Hani pada Sara. "Takkan megi lagi, kalau macam ini memang maintain kurus la badan kita macam megi kan Hani," balas Sara. Mereka ketawa menuju ke dapur.
   Zafril terasa berada di satu tanah lapang ketika itu. "Di mana aku ni,"ujar Zafril ketika itu. Tiada desiran angin, bunyi serangga, yang ada cuma kepekatan malam yang menyelubungi tanah lapang di mana Zafril berada. Sedang dia mencari jalan keluar dari tempat lapang tersebut, dia terlihat satu sinaran putih tidak jauh dari tempat dia berada ketika itu. Dia terus menuju ke tempat sinaran putih tersebut. Ketika dia menghampiri sinaran tersebut, dia terlihat sekumpulan manusia berpakaian putih berjalan menuju ke arah sinaran putih tersebut. Dalam sekumpulan manusia tersebut, dia terlihat seorang wanita memandangnya. Dan dia merasakan yang dia seperti mengenali susuk tubuh badan manusia tersebut. "Zafril sayangku, masihkah kau ingat padaku?" wanita itu bersuara. Zafril berasa aneh bagaimana wanita ini tahu namanya. Air mata Zafril berlinangan sebaik menghampiri wanita tersebut kerana wanita tersebut adalah Aida, arwah tunangnya. Dia tidak menyangka yang wanita itu adalah Aida.
   " Ini Aida ke?" tanya Zafril. Aida mengangguk kepalanya seraya berkata "Ya sayang, ini Aida bakal tunangmu". "Kemana kamu menghilang, tahukah Aida bahawa abang sangat merindukanmu tiap saat tiap waktu tak kira malam atau siang," bicara Zafril dengan nada yang sedih. " Maafkan saya abang, saya tidak dapat bersamamu lagi. Saya pun rindukan abang tapi apakan daya dunia kita berbeza sekarang" balas Aida. "Kenapa Aida?Aida dah tak sayangkan abang lagi?Bawalah abang bersamamu Aida agar kita dapat bersama,"ujar Zafril. "Tak boleh abang, Aida tetap sayangkan abang sampai bila-bila. Abang tolong jawab satu soalan boleh? Jawab dengan jujur," ucap Aida. "Tanyalah banyak mana soalan Aida nak tanya, abang sedia menjawabnya dengan penuh kejujuran dan ikhlas dari hati," jawab Zafril. " Masihkah abang sayang Aida?" soal Aida. "Abang sangat sayang dan cintakan Aida seumur hidup abang," jawab Zafril. "Kalau abang sayangkan Aida, carilah pengganti Aida untuk menemani hidup abang sepanjang hidup abang. Aida tak mahu tengok jiwa abang terseksa kerana Aida," minta Aida pada Zafril. "Tidak mungkin Aida, abang takkan cari yang lain sebagai pengganti dirimu."ujar Zafril. "Carilah pengganti yang lebih baik dari Aida, Aida merayu dekat abang sebelum Aida pergi jika abang cintakan Aida," rayu Aida. Seraya dengan itu, Aida berlalu pergi. Zafril cuba mengejar tetapi Aida sudah jauh dari pandangannya. Aida cuma melambai tangannya pada Zafril sambil berkata " akan ada pengganti diriku untukmu abang, Aida yakin,". Lantas dengan itu, Zafril tersedar. Rupanya dia tertidur tanpa sempat mandi selepas pulang dari taman. Zafril yakin ada hikmah kenapa Aida muncul dalam mimpinya tadi. Lantas dia mengambil wuduk dan terus melakukan solat maghrib.
Bersambung ~~

0 comments: